Bola Sepak

Kenali pemain Man City paling bertuah

Oleh Agensi

London: Scott Carson mempunyai kerjaya terbaik dalam bola sepak selepas menyertai kejayaan Manchester City memenangi Piala Dunia Kelab.

Penjaga gol ketiga kelab itu tidak bermain selama hampir dua tahun, dengan penampilan terakhirnya menentang Sporting Lisbon dalam Liga Juara-Juara pada Mac 2022.

Tetapi Carson, yang menyertai City selepas meninggalkan Derby pada 2021, terus mengecapi kemenangan.

Penjaga gol berusia 38 tahun itu adalah sebahagian daripada skuad City ketika mereka melengkapkan gelaran treble awal tahun ini.

Dia kemudian terpilih ke Arab Saudi, di mana pasukan bimbingan Pep Guardiola muncul juara dunia dengan menewaskan Fluminense di pentas final.

"Dia mempunyai pekerjaan yang paling hebat di dunia," tulis seorang penyokong di media sosial.

Seorang lagi penyokong menyindir apabila berkata: "Saya tidak ingat kali terakhir dia melepaskan gol."

"Sebagai penjaga gol Britain yang paling dihormati, mengapa dia tidak memenangi Personaliti Sukan tahun ini?" tulis seorang lagi penyokong.

Disiarkan pada: December 24, 2023 @ 8:41pm
d