Bola Sepak

Witsel keluar dari persaraan, kembali perkuat Belgium

Oleh Reuters

Brussels: Axel Witsel keluar daripada persaraan antarabangsa untuk memenuhi peranan baharu bersama Belgium di Euro di Jerman dan berkata, ia adalah keputusan yang mudah dibuat apabila dia dipanggil oleh jurulatih Domenico Tedesco.

Witsel, 35, bersara daripada pasukan kebangsaan pada Mei tahun lalu selepas digugurkan daripada skuad perlawanan kelayakan Euro Mac 2023 Mac, selepas beraksi 130 kali sepanjang 15 tahun, kebanyakannya di bahagian tengah.

Bagaimanapun, selepas musim yang baik di LaLiga sebagai pertahanan tengah bersama Atletico Madrid, Tedesco mahu dia menambah pengalaman di barisan belakang, berpotensi bergandingan bersama Jan Vertonghen yang berusia 37 tahun.

"Jurulatih menghubungi saya dan saya memahaminya (rancangannya) serta-merta," kata Witsel kepada pemberita.

"Saya mungkin membuat keputusan yang agak cepat untuk berhenti (dengan pasukan kebangsaan). Itulah kehidupan. Tetapi selepas musim seperti itu (di Sepanyol), saya rasa ingin kembali.

"Dia perlu menyesuaikan diri daripada tiga pemain pertahanan di Atletico kepada empat pertahanan bersama Belgium, tetapi tidak melihat ini sebagai isu.

"Saya membuat penyesuaian (kepada pertahanan tengah) dan dalam kepala saya kini saya seorang pemain pertahanan. Saya berasa sangat selesa di sana. Anda perlu membuat keputusan pantas dalam pertahanan. Itulah sekarang juga peranan yang akan saya mainkan."

Witsel menolak sebarang cadangan bahawa dia dan Vertonghen mungkin kekurangan rentak untuk bermain bersama.

Disiarkan pada: June 1, 2024 @ 10:46pm
d