Sukan Lain

Umur 41 tahun bukan halangan buat Lolo

Oleh Reuters

Oregon: Lolo Jones, pada usia 41 tahun, kembali ke ujian trek dan padang Olimpik Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun bertanding dalam acara 100 meter (m) lari berpagar walaupun 'takut' untuk melangkah ke balapan.

Salah seorang wanita yang paling dikenali dalam olahraga AS, Lolo adalah yang atlet tertua pernah layak untuk ujian AS dan berkata, dapat memberi inspirasi kepada pesaing yang lebih muda di Eugene, Oregon.

"Saya berharap dapat menunjukkan kepada mereka berumur 40-an masih beraksi dan cukup baik untuk layak ke ujian Olimpik," kata Lolo yang mencatat masa 14.86 saat (s).

"Saya harap kanak-kanak ini dapat melihat saya dan berfikiran dunia tidak akan berakhir jika tidak menyertai pasukan Olimpik. Kalau umur panjang."

Lolo bertanding dalam Olimpik 2008 dan 2012, masing-masing menduduki tempat ketujuh dan keempat.

Dia kemudiannya bertanding di Sukan Musim Sejuk 2014 dalam acara bobsleigh.

Bagi Lolo, melepasi garisan penamat 20 tahun selepas penampilan sulungnya dalam ujian Olimpik adalah satu pencapaian tersendiri, kerana dia tidak bertanding sejak April kerana kecederaan.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan meletupkan hamstring saya," katanya.

"Itu menakutkan, apa yang baru saya lakukan. Itulah perkara paling menakutkan yang pernah saya lakukan dalam kerjaya saya.

Disiarkan pada: June 29, 2024 @ 2:01pm
d