bisnes

Istimewa untuk pembaca portal NSTP

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PEMBACA portal New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) kini berpeluang mendapat diskaun istimewa 10 peratus apabila mereka membeli pensteril udara dan permukaan Medklinn.

Medklinn menjalin kerjasama dengan NSTP untuk menyediakan tawaran ini bagi semua pembelian menerusi portal akhbar NSTP iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Pengarah Urusan Medklinn, Peter Tham berkata, pihaknya bekerjasama dengan NSTP bagi membawa pelbagai pilihan jenis pensterilan udara dan permukaan kepada pembaca.

“Platform dalam talian NSTP semakin berkembang dan kami gembira menjadi sebahagian daripadanya.

“Untuk maklumat, pensteril udara dan permukaan Medklinn sangat berkesan dalam membantu pesakit sinus, mencegah jangkitan silang serta terbukti berkesan dalam menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di ruang tertutup.

“Medklinn juga membuktikan produk kami membantu mencegah penularan virus penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di seluruh pra sekolah dan institusi pendidikan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Tham berkata, teknologi Medklinn menghasilkan oksigen aktif iaitu pensteril alam semula jadi paling berkuasa membunuh hingga 99 peratus bakteria, virus, allergen, kulat dan bahan pencemar lain dari udara dan permukaan dalam persekitaran dalaman.

“Teknologi kami begitu selamat sehingga pusat pengasingan (berpantang) menggunakannya untuk memastikan udara segar bagi bayi yang baru dilahirkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perniagaan dan Pembangunan Digital NSTP, Azizi Othman berkata, inisiatif ini bukan sahaja memenuhi komitmen syarikat dalam menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan digital dengan nilai tambah bagi pengguna, tetapi juga menyumbang kepada penjagaan kesihatan.

“Medklinn adalah rakan kongsi yang hebat dan kerjasama ini mencerminkan keinginan kami untuk bekerjasama dengan syarikat yang berkongsi wawasan untuk memperkukuh ekosistem e-dagang dan pada masa sama benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Melalui kolaborasi itu, pembaca dalam talian yang mengklik pada spanduk Medklinn dan membuat pembelian akan menerima diskaun 10 peratus menggunakan kod promosi berikut:

• New Straits Times: NST3986

• Berita Harian: BH3369

• Harian Metro: HM3889

Disiarkan pada: December 4, 2018 @ 6:17pm
d