Asia

Derita bersuami kaki judi

Oleh Agensi

New Delhi: Malang nasib seorang wanita di Bihar, timur India apabila sering menjadi mangsa taruhan suami yang kaki judi malah, turut dibiarkan diperkosa berkali-kali oleh rakan lelaki berkenaan.

Wanita dikenali Asha itu juga kerap dipukul dan diugut disimbah asid sekiranya enggan menurut perintah, sehinggalah dia melarikan diri dan minta bantuan aktivis Deepak Singh.

Asha kemudian dibawa ke balai polis untuk membuat laporan sebelum polis menahan suaminya berusia 36 tahun di sebuah perkampungan di Bhagalpur.

Memetik laporan Times Now, Asha dan suaminya, Ravi (bukan nama sebenar) sudah berkahwin lebih 10 tahun namun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Asha memberitahu polis dia diseksa secara fizikal kerana kesukaran hamil, sedangkan Ravi ketagihan arak yang teruk.

"Kita sedang menyiapkan siasatan dan akan menyerahkan kepada pendakwa supaya suami Asha dituduh di mahkamah," kata Polis Bhagalpur Ashish Bharti.

Disiarkan pada: December 18, 2020 @ 6:31am
d