Asia

Palsukan kematian untuk lari daripada isteri

Oleh Agensi

New Delhi:Sanggup memalsukan kematian sendiri.

Itu tindakan nekad seorang lelaki di Bihar, India bagi melepaskan diri daripada seksaan isterinya akibat masalah rumah tangga dan kewangan dialami mereka.

Pradeep Kumar Ram, 37, dari Kaimur dilaporkan hilang menjelang tahun baru dan percikan darah ditemui di katil serta lantai bilik tidurnya.

Isterinya, Kumari Pratibha, 33, membuat laporan polis atas 'pembunuhan' suaminya itu.

Susulan kejadian, polis mulakan siasatan dan misi mencari mayat lelaki itu.

Pihak berkuasa kemudian berjaya menjejaki lelaki itu di Ghazipur, Uttar Pradesh, pada 31 Disember lalu.

Pegawai kanan Balai Polis Dugawati, Virendra Kumar berkata, hasil siasatan mendapati mangsa alami tekanan akibat didera dan dimarahi isteri sebelum merancang 'kematian'.

Disiarkan pada: January 5, 2021 @ 6:31am
d