Asia

Angka kematian serangan udara di Palestin, Israel meningkat

Oleh AFP

Baitulmaqdis: Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 232 orang, susulan serangan balas Israel ke atas pejuang Hamas pada subuh semalam.

"Hospital di Semenanjung Gaza setakat ini menerima 232 syahid dan 1,697 orang dengan pelbagai kecederaan akibat pencerobohan Israel," kata Kementerian Kesihatan kendalian Hamas dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di wilayah diduduki Israel, tentera rejim memaklumkan lebih 200 orang terkorban setakat ini.

Rejim itu menuduh pejuang Palestin menceroboh rumah dan 'membunuh orang awam'.

"Pengganas mengamuk dan menceroboh rumah, membunuh orang awam," katanya, sambil menambah bahawa lebih 1,000 cedera dalam serangan yang bermula pada waktu subuh.

Disiarkan pada: October 8, 2023 @ 9:26am
d