Asia

Abdul Wahhab Al-Shaibi dilantik pemegang baharu kunci Kaabah

Oleh Agensi

Makkah: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Abdul Wahab bin Zain Al Abidin Al Shaibi sebagai ketua pemegang kunci Kaabah yang baharu selepas pemergian Sheikh Saleh Al Shaibi, lapor portal Siasat Daily.

Upacara penyerahan kunci Kaabah dan Maqam Ibrahim (maqam-e-Ibrahim) kepada Abdul Wahab bin Zain Al Abidin, diadakan di sini, Isnin lalu.

Beliau adalah ahli keluarganya yang ke-78 yang mengambil alih tanggungjawab secara tradisi itu, dan menjadi pemegang kunci Kaabah, ke-110, sejak era Qusay ibn Kilab.

Abdul Wahab Al Shaibi adalah cucu kepada Syaibah bin Uthman bin Abi Thalhah.

Tanggungjawab Abdul Wahab Al Shaibi termasuk membuka dan menutup Kaabah, membersihkan, mencuci, membaiki Kiswah, dan mengalu-alukan pengunjung.

Keluarga Al-Shaibi memegang penghormatan ini sejak Nabi Muhammad SAW menyerahkan kunci Kaabah kepada Uthman ibn Talha.

Sabtu lalu, media melaporkan Syeikh Saleh Al-Shaibi, pemegang kunci Kabaah, untuk ke-109, meninggal dunia.

Untuk rekod, Saleh Al-Shaibi sebelum ini dilantik sebagai ketua ketua pemegang kunci Kaabah, pada 2013, selepas bapa saudaranya, Abdulqader Taha Al-Shaibi, meninggal dunia.

Disiarkan pada: June 26, 2024 @ 12:27pm
d