Eropah

Keadaan PM Fico 'kritikal'

Oleh BERNAMA

Bratislava: Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.

Menurut Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan, agensi berita TASR, Fico dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan.

Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.

Penyerang ditahan selepas serangan itu, katanya.

Televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki yang berada di khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan.

Disiarkan pada: May 16, 2024 @ 1:06am
d