itmetro

Peranti wajib hasilkan kandungan

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Pembukaan kedai fizikal pertama Apple di negara ini iaitu Apple Store membuka lebih banyak ruang serta sokongan dalam ekosistem jenama berkenaan.

  Bagi pempengaruh dan pencipta kandungan, Jason Goh melihat pembukaan Apple Store pertama di negara ini akan memberi lebih banyak ruang untuk sokongan ekosistem jenama berkenaan.

  "Apple Store ini bukan hanya sebagai satu kedai fizikal saja tetapi hab untuk kepelbagaian khususnya kepada pengguna untuk melihat sesuatu produk sehingga kepada sesi pendedahan produk ini.

  "Ia juga akan memberi maklumat berguna kepada pengguna untuk mengetahui potensi sebenar dan penggunaan secara lebih optimum terhadap peranti keluaran Apple," katanya.

  Jason pada masa sama turut diberikan sesi khusus tentang teknik yang betul untuk merakam gambar menggunakan peranti ikonik Apple iaitu iPhone.

  Beliau berkata, sistem kamera yang dimiliki oleh iPhone mampu untuk merakam imej atau visual yang begitu baik serta mengekalkan warna semula jadi sesuatu subjek.

  "Apa yang penting adalah teknik yang digunakan untuk merakam gambar atau visual berkenaan dan saya diberikan peluang untuk berkongsi di Apple Store TRX.

  "Ini secara langsung akan membantu pengguna untuk memanfaatkan potensi sebenar peranti mereka dan peranti ini banyak membantu dalam penghasilan kandungan sama ada visual atau gambar," katanya.

  Menurutnya, ia satu penghargaan kepadanya untuk bersama-sama berkongsi minat, tips dan teknik mengambil gambar yang betul menggunakan peranti berkenaan.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 3:10pm
d