mutakhir

Mat Over mahu lupa insiden tampar

Hulu Terengganu: Pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over yang mendapat perhatian ramai berikutan insiden menampar penerbit filem, David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50)
di Putrajaya pada Rabu lalu, seolah-olah sudah mahu melupakan peristiwa itu.

Beliau yang hadir ke Program Santai Bersama
Mat Over sempena majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017, di sini, semalam, tidak putus-putus menyampaikan jenaka, selain mendendangkan lagu untuk menghiburkan orang ramai.

Sepanjang hampir empat jam di majlis itu, Mat Over tidak jemu melayan kerenah peminat untuk bergambar bersama dengannya.

Ada juga dalam kalangan yang hadir kedengaran memuji tindakan pelawak itu, tetapi dia hanya tersenyum tanpa memberi maklum balas.

Mat Over juga enggan mengulas insiden berkenaan ketika ditanya wartawan dan menganggap segala-galanya sudah selesai.

Insiden itu berlaku apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

Disiarkan pada: May 21, 2017 @ 7:49am
d