mutakhir

Reman suspek kes pembunuhan Siti Kharina dilanjut

Oleh Siraj Mohd Zaini

TEMPOH reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang ditemui mati di kondominium di Cyberjaya, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, polis juga akan membuat permohonan sambung reman terhadap suspek lelaki Nigeria di Mahkamah Sepang, esok.

“Siasatan polis terhadap kes ini masih sedang dijalankan. Sehubungan itu, suspek lelaki Nigeria dipohon untuk sambung reman di Mahkamah Sepang pada 10.30 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek ditahan minggu lalu di Kuala Lumpur dan direman selama tujuh hari.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu ditemui dalam kediaman di kondominium di Cyberjaya, pada 2.30 petang 15 Mei lalu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat atau lima hari lalu dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siti Kharina yang dikatakan sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya bertanya mengenai keadaannya apabila tidak pulang ke rumah dan melapor diri bertugas di tempat kerja.

Berita berkaitan

Siti Kharina kenal suspek

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman

Tragedi jururawat [METROTV]

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Disiarkan pada: May 22, 2019 @ 11:57pm
d