mutakhir

Jauhnya kau menghilang dik...

Oleh Nurul Fatihah Sulaini

MURID Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lalu, ditemui selamat di sekitar selatan Thailand.

Ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, berkata, dia bersyukur dan gembira apabila menerima berita anaknya selamat daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak lena tidur malam memikirkan keselamatan dan keadaannya kerana dia tidak pernah keluar rumah terlalu lama seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Siti Ruziana berkata, dia keluar rumah 10.25 pagi hari ini bersama seorang guru dari SK Kuala Besut 2 dan beberapa anggota polis ke Pengkalan Kubur, kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand untuk mengambil anaknya itu.

“Kami sekarang berada di Kota Bharu, Kelantan dan sedang dalam perjalanan pulang ke Besut.

“Dijangka sekitar 4 petang sampai ke sana dan akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut,” katanya.

Berita berkaitan

'Sesiapa yang ambil adik, pulangkanlah...'

Disiarkan pada: July 3, 2019 @ 3:36pm
d