mutakhir

6,574 pelajar Tingkatan 4, 5, layak terima vaksin di Kluang

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Seramai 6,574 pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun di daerah ini layak menerima suntikan vaksin Covid-19 di enam dewan serbaguna sekolah yang disesuaikan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pegawai Daerah Kluang merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah Kluang, Jamaludin A Hamid berkata, proses vaksinasi berlangsung secara berperingkat bermula semalam sehingga 1 Oktober ini.

Katanya, ibu bapa atau penjaga pelajar akan dimaklumkan mengenai janji temu anak mereka sekurang-kurang sehari sebelum suntikan dan dikehendaki menemani anak masing-masing pada tarikh ditetapkan.

"Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, SMK Tengku Aris Bendahara, SMK Jalan Kota Tinggi, SMK Bandar T6, SMK Canossian Convent, SMK Jalan Mengkibol, SMK Seri Sembrong, SMK LKTP Belitong, SMK Tun Hussein Onn, Kolej Vokasional Kluang, dan Seri Jubli International School selain Sekolah Menengah (SM) Chong Hwa, di PPV SMK Abdul Jalil pada 20 hingga 23 September ini.

"Pelajar SMK Kahang dan SMK Felda Kahang Timur, di dewan sekolah masing-masing dan pelajar Sekolah Tinggi Kluang, SMK Sri Lalang, SMK Taman Kluang Barat, SM Agama Arabiah, SM Sains Johor, SM Sains Sembrong, SBP Luar, SM Agama Kerajaan Johor di PPV STK pada 25 September ini.

"Pelajar SMK Seri Intan, SMK Taman Seri Kluang, SMK Seri Perdana juga di PPV STK pada 26 September ini," katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Kluang di sini semalam.

Beliau berkata, seterusnya janji temu suntikan pelajar SMK Seri Intan, SMK Taman Seri Kluang, SMK Seri Perdana akan dilaksanakan di STK pada 26 September ini.

"Pada 27 September pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SM Islam As Syddiq, SMK Seri Machap dan pada 28 September, pelajar SMK Simpang Renggam, SMK Dato' Ibrahim Majid akan melaksanakan janji temu berkenaan di PPV SMK Simpang Renggam.

"Pada 29 September, pelajar SMK Dato' Haji Hassan Yunos dan SMK Layang-Layang, di PPV SMK Dato' Haji Hassan Yunos, manakala pelajar SMK Paloh dan SMK Seri Kota Paloh pula akan mengambil suntikan di PPV SMK Paloh pada 1 Oktober ini," katanya.

Sementara itu, Jamaludin berkata, bagi mereka yang berusia sama dan sudah tidak bersekolah, mereka dipelawa untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengaturkan temujanji suntikan vaksin di lapan klinik kesihatan di sekitar daerah ini.

"Mereka juga perlu membawa ibu bapa atau penjaga selain menandatangani borang kebenaran menerima suntikan sama seperti orang lain," katanya.

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 8:52am
d