mutakhir

Tangki air sekolah pecah, beberapa pelajar cedera

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor cedera selepas tangki airnya pecah dan menimpa laluan pejalan kaki hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin ketika memaklumkan perkara itu berkata, kesemua pelajar yang cedera sudah dihantar ke hospital.

"Selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor, Ketereh.

"Dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan akibat kejadian itu dan pelajar yang cedera sudah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Faceebook.

Radzi berkata, beliau sudah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya melaksana kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah itu dalam kadar segera.

"Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

"Sama-sama kita doakan agar mereka yang terbabit dalam insiden iin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala," katanya.

Disiarkan pada: August 9, 2022 @ 2:28pm
d