mutakhir

Tiga cedera bumbung asrama rumah anak yatim runtuh [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Sekurang-kurangnya tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang Jalan Scotland, di sini, cedera selepas struktur bumbung asrama mereka runtuh dalam kejadian malam tadi.

Mangsa sudah dibawa ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) bagi diberi rawatan lanjut.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Jamil Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan pada jam 9.42 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Ketika di lokasi didapati kejadian membabitkan runtuhan bumbung bangunan asrama berkenaan.

"Terdapat seramai 30 mangsa dan berjaya diselamatkan oleh kakitangan asrama manakala mangsa yang cedera sudah diberi rawatan awal, " katanya ketika ditemui di lokas.

Pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berada di lokasi bagi urusan pemindahan mangsa yang terselamat ke asrama Wisma Yatim Laki-laki Islam Pulau Pinang, Air Itam.

Disiarkan pada: November 9, 2022 @ 12:09am
d