mutakhir

Tragedi Jeram Air Puteh: Satu lagi mayat ditemukan di beting pasir

Oleh Rosli Ilham

Kemaman: Satu lagi mayat tragedi kepala air di Jeram Air Puteh, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan jam 9.20 pagi tadi.

Menurutnya, mayat itu ditemukan pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dalam keadaan terdampar di beting pasir.

"Pasukan operasi mengambil masa selama dua jam untuk membawa keluar mangsa.

"Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dipastikan dan kita percaya mayat itu adalah seorang lelaki," katanya di Pusat Kawalan Operasi di Balai Air Putih, hari ini.

Hanyan berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Disiarkan pada: July 7, 2023 @ 12:41pm
d