mutakhir

Pemenang Anugerah Kajai 2014 meninggal dunia

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias meninggal dunia, di Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Wanti meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang.

Difahamkan, Wan Noor Hayati berusia 44 tahun yang juga bekas wartawan BH akan dikebumikan di Rembau, Negeri Sembilan jam 11 malam ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Serdang di sini, dua hari lalu dipercayai akibat sesak nafas.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Allahyarham menderita sakit radang paru-paru dan hanya mampu terbaring di rumah sewanya di Taman Kajang Utama, di Kajang.

April lalu, Allahyarham dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya kerana batuk dan muntah berterusan sebelum disahkan mengidap Covid-19.

Selain itu, beliau juga sudah terputus pendapatan apabila pada 24 Jun lalu terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Disiarkan pada: July 10, 2023 @ 7:01pm
d