mutakhir

PRN 2023: Mat Taib hadir beri sokongan

Oleh Rosman Shamsudin

Hulu Selangor: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hadir memberi sokongan kepada bakal calon Kerajaan Perpaduan sempena hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor, dekat Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Kira-kira 7 pagi , penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan pejabat berkenaan sebelum berarak menuju ke tempat penamaan calon dekat Dewan Merdeka.

Bakal calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru kelihatan sibuk membuat persiapan akhir sambil bertemu dengan penyokong.

Di samping itu, bakal calon Kerajaan Perpaduan di kerusi Dun Hulu Bernam, Mohd Amran Sakir tiba dengan iringan penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) kira-kira 8 pagi .

Sementara itu, calon DAP Dun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menunggu di perkarangan dewan berkenaan bagi mengiringi calon Kerajaan Perpaduan.

Penyokong gabungan parti terbabit mula berarak ke pusat penamaan calon jam 8.15 pagi dan tiba di perkarangan dewan berkenaan, 8.30 pagi.

Disiarkan pada: July 29, 2023 @ 8:47am
d