mutakhir

PRN2023: 572 calon bertanding

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Putrajaya: Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang membuka tirainya hari ini, menyaksikan semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen, dipertandingkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 572 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan ditutup pada jam 10 pagi.

"Sejurus tamat tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi, sebanyak 573 kertas penamaan dikemukakan oleh pelbagai parti dan individu yang akan bertanding dalam PRU DUN Ke-15 dan PRK Parlimen P036 Kuala Terengganu.

"Bagaimanapun, satu kertas penamaan calon ditolak membabitkan seorang calon Bebas DUN N09 Kota Lama, Kelantan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: July 29, 2023 @ 1:33pm
d