mutakhir

Bonda Sultan Terengganu mangkat

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Bonda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat awal pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar, memaklumkan Tengku Besar Terengganu Fatimah@Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi.

Mohd Sophian berkata, jenazah Almarhum dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini dengan pesawat khas dan akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah untuk penghormatan terakhir.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah selepas Asar.

"Sultan Mizan juga mengampuni perkenan tempoh berkabung selama lima hari mulai hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: August 3, 2023 @ 2:07pm
d