mutakhir

[TAK RASMI] Sanusi mendahului lebih 6,000 undi

Alor Setar: Setakat jam 8.10 malam, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului lawan dengan selesa.

Beliau memperoleh 6,104 undi berbanding Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim (BN) yang mendapat 1,948 undi.

Manakala di DUN Jitra calon PN, Dr Haim Hilman Abdullah mendahului dengan 14,132 undi berbanding Datin Sabrina Ahmad (PH) sebanyak 4,476 undi.

Di DUN Pedu 8.07 malam, calon PN, Mohd Radzi Md Amin memperoleh 5,770 manakala Datuk Seri Mahdzir Khalid (PH) sebanyak 3,419 undi.

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 8:21pm
d