mutakhir

Polis adakan sekatan jalan raya bermula tengah malam ini - KPN

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis meminta penyokong mana-mana parti untuk tidak meraikan kemenangan dengan melakukan perarakan bermotosikal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) menerusi Op Kawal Nusa di seluruh negara bermula jam 12 tengah malam ini.

"Polis bersiap siaga dan pada jam 12 tengah malam nanti kita akan adakan SJR di seluruh negara menerusi Op Kawal Nusa bagi mencegah jenayah dan meneNtukan keselamatan serta ketenteraman awam ini terjamin.

"Operasi bukan disebabkan PRN, tetapi SJR dilakukan setiap bulan bagi mencegah kegiatan jenayah, "katanya pada sidang media khas, di Bukit Aman, hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya juga bersiap siaga pada pasca PRN dengan mengawal Istana dan kediaman Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bagi menentukan tiada gangguan kepada Sultan dan Tuan Yang Terutama (TYT).

"Semua peti undi dan kertas undi juga sudah dihantar ke 183 pusat penjumlahan undi setakat jam 6 petang tadi.

"Saya juga mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada petugas PDRM yang sudah bertungkus lumus daripada proses penamaan calon sehingga ke hari ini dan juga pasca PRN," katanya.

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 8:53pm
d