mutakhir

MUDA kalah semua kerusi di Selangor

Oleh Ruwaida Md Zain

Shah Alam: Keputusan tidak rasmi setakat ini mendapati 14 calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) gagal memperoleh mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Setakat ini semua calon muda kalah teruk di tangan dua parti gabungan besar, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Parti MUDA mempertaruhkan 14 calon di Kuala Kubu Baharu, Taman Templer, Bukit Antarabangsa, Pandan Indah, Dusun Tua, Seri Serdang, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Gasing, Bandar Utama, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sentosa dan Sungai Kandis.

Selain MUDA, dua parti kecil lain yang turut bertanding di Selangor gagal memenangi sebarang kerusi adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

PRM dan PSM masing-masing mempertaruhkan lapan dan empat calon dalam PRN kali ini.

Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan sejumlah 147 calon bagi merebut 56 kerusi DUN Selangor.

Disiarkan pada: August 12, 2023 @ 11:11pm
d