mutakhir

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Suhanna Iskandar

Petaling Jaya: Tumpuan siasatan polis kini turut membabitkan keseluruhan kawasan perumahan susulan kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui mati dibunuh di saliran air berdekatan rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kawasan perumahan ini mengandungi 18 blok apartmen terdiri daripada 2,484 kediaman dan kedai dengan keluasan kawasan kira-kira lapan hektar.

Menurutnya, polis akan akan meneruskan usaha mengumpul bukti yang ada dalam membantu dalam menjejak pembunuh Zayn Rayyan di sekitar kawasan mayatnya ditemukan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan yang berusia enam tahun ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam kelmarin.

Berita berkaitan:

Kronologi kes Zayn Rayyan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Disiarkan pada: December 8, 2023 @ 1:14pm
d