mutakhir

Kes Zayn Rayyan: Unit K9 buat pemeriksaan sekali lagi

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Petaling Jaya: Polis sekali lagi menjalankan pemeriksaan menggunakan anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Anggota Unit K9 dilihat tiba di lokasi dan mula membuat pemeriksaan di Blok R apartmen terbabit, 5.10 petang tadi.

Bersama seekor anjing pengesan, anggota Unit K9 kemudian dilihat memasuki Blok R bersama beberapa anggota polis.

Difahamkan, pemeriksaan dijalankan di tingkat tiga dan empat blok berkenaan.

Selepas kira-kira 25 minit, kumpulan anggota polis bersama anjing pengesan dilihat selesai menjalankan pemeriksaan sebelum meninggalkan lokasi pada 5.40 petang.

Terdahulu, polis mengesan pergerakan hasil analisa yang diperolehi daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk yang diterima mereka baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

Unit Forensik PDRM sehingga kini masih meneruskan siasatan yang masuk hari keenam di Apartmen Idaman.

Tinjauan di lokasi mendapati sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik PDRM dipercayai dari Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi pada 11.45 pagi.

Turut dilihat berada di lokasi adalah kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Berita berkaitan:

Polis kesan pergerakan hasil analisa 'dashcam'

Air kolam takungan disedut

Polis periksa rumah berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui

Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan polis

Polis dah ambil keterangan 48 individu

4 beg kertas dibawa keluar pasukan forensik

Polis periksa stor berhampiran lokasi

Polis dah ambil 228 sampel DNA

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis

Keterangan belum cukup untuk kesan dalang

Laporan bedah siasat Zayn tidak boleh didedahkan kepada umum

Polis tunggu pemilik dashcam tampil bantu kes bunuh Zayn Rayyan

Polis dah rekod keterangan 20 orang

Polis dah periksa tiga blok perumahan

Tiada tanda Zayn Rayyan didera - Polis

Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Polis terbangkan dron, kesan bukti, laluan tikus

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Disiarkan pada: December 12, 2023 @ 5:58pm
d