mutakhir

Lelaki maut, nahas tiga kenderaan

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Seorang lelaki maut, manakala lapan cedera dalam nahas tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, mangsa, Norsyam Nasullah Rahim, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan, 10.05 malam.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi.

"Menurut laporan awal, nahas membabitkan Perodua Bezza, Nissan Almera dan Honda City.

"Kesemua mangsa cedera dibantu orang awam sebelum pihak bomba hadir ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: December 18, 2023 @ 9:06am
d