mutakhir

Polis kesan saksi nahas tiga kenderaan

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Polis mengesan saksi nahas membabitkan tiga kenderaan yang mengorbankan seorang lelaki di Kilometer 53 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Batu 3, Jalan Bernam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa, Norsyam Nasullah Rahim, 23, baru mengadakan majlis perkahwinan pada Sabtu lalu.

Turut menjadi mangsa nahas adalah seorang lelaki yang parah ketika cuba mengeluarkan Norsyam Nasullah dari Perodua Bezza.

Individu yang identitinya belum dikenal pasti polis itu sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, saksi yang mempunyai maklumat berhubung nahas itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: December 19, 2023 @ 7:54am
d