mutakhir

Murid tahun lima ditemukan lemas, rakan masih hilang

Oleh Syaherah Mustafa

Rantau Panjang: Murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.39 petang itu, Siti Aishah Mahzi, 11, ditemui lemas, manakala Nur Damia Qaisara, 11, belum ditemui.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Azmi Jaafar, berkata, Siti Aishah ditemui jam 7.15 malam sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM).

"Berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa berusia 11 tahun dan mangsa pertama ditemui jam 7.15 malam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SARS) bagi mengesan seorang lagi mangsa sedang dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: December 24, 2023 @ 11:17pm
d