mutakhir

Polis masih berusaha cari pembunuh Zayn Rayyan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Petaling Jaya: Polis masih berusaha mencari pembunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan maut di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini, 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga sudah menerima maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol) namun ia hanya secara am.

"Siasatan tidak ditutup dan masih dibuka sehingga kini.

"Polis juga masih berusaha (cari petunjuk). Kita ada menerima maklumat dari Interpol namun secara 'general' (am)," katanya ketika dihubungi Harian Metro malam ini.

Pada 23 Disember lalu, Harian Metro melaporkan polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di saliran air berhampiran Blok R, Apartmen Idaman.

Hussein dilaporkan berkata, bantuan yang diperlukan daripada Interpol dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Disiarkan pada: January 7, 2024 @ 9:30pm
d