mutakhir

Isteri Khalid Samad meninggal dunia

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarhamah Salwani Yusof berusia 43 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 1.15 tengah hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Pegawai Khalid, Fikri Nizammuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Menurutnya, jenazah dijangkakan disembahyangkan di Masjid Negeri Kubang Kerian selepas solat Isyak malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali di sini.

Disiarkan pada: February 5, 2024 @ 5:08pm
d