mutakhir

Parlimen Belia akan lahirkan pemimpin pelapis Malaysia

Oleh Nazarali Saeril

Kuala Lumpur: Lebih ramai pemimpin muda dapat dilahirkan menerusi Parlimen Belia seterusnya menjadi pemimpin pelapis Malaysia.

Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, ketika ini, antara isu utama membabitkan golongan belia ketika ini ialah kekurangan minat berkaitan isu politik selain sosial.

"Menerusi Parlimen Belia, kita mahu kembalikan kesedaran dalam kalangan belia seterusnya membolehkan mereka meluahkan pendapat selain berhujah berkaitan sesuatu isu dalam kalangan masyarakat.

"Contoh, kita boleh adakan pemilihan wakil dalam parlimen Belia ini dua tahun sekali dan mereka ini pula dipilih dalam kalangan pengundi berumur 16 hingga 35 tahun," katanya.

Menurut Johari, golongan ini akan diberi peluang untuk melalui proses seperti ahli Parlimen sebenar.

"Parlimen Belia akan mencernakan golongan muda ini," katanya.

Disiarkan pada: February 19, 2024 @ 4:56pm
d