mutakhir

Sesak teruk akibat pokok tumbang di ibu kota

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Beberapa individu dikhuatiri terperangkap selepas kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, akibat hujan lebat, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan teruk di lokasi berkenaan.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) melaporkan sebatang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail.

Menurutnya, ketika ini pasukan renjer, bomba, polis dan warden trafik berada di lokasi untuk operasi menyelamat.

Difahamkan, laluan kedua-dua hala di lokasi kejadian ditutup buat sementara.

1 maut, 1 cedera pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Dengar dentuman, kemudian pokok hempap kenderaan - Saksi

Disiarkan pada: May 7, 2024 @ 3:36pm
d