mutakhir

Wanita Sweden antara dua cedera akibat pokok tumbang

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Wanita warga Sweden dikenal pasti sebagai seorang lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, terdapat seorang lelaki meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

"Dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi, pemandu sebuah kenderaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi.

"Selain itu, dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang juga pemandu e-hailing serta penumpangnya iaitu seorang wanita warga Sweden berusia 72 tahun dilaporkan cedera.

"Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan, manakala mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL untuk proses bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

"Kami juga sedang mengesan waris mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian ini untuk proses bedah siasat," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel, di sini, hari ini.

1 maut, 1 cedera pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Perkhidmatan monorel dihenti sementara

Dengar dentuman, kemudian pokok hempap kenderaan - Saksi

Sesak teruk akibat pokok tumbang di ibu kota

Disiarkan pada: May 7, 2024 @ 6:04pm
d