mutakhir

Nor Aminul Fitri pula menyusuli pemergian 3 sahabat baik

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Seorang lagi penumpang Proton Wira yang terbabit dalam nahas mengorbankan tiga sekawan di Jalan Renggam Simpang Renggam, tengah malam tadi disahkan meninggal dunia 2.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).

"Mangsa yang duduk di kerusi belakang bekerja sebagai mekanik kereta pada mulanya parah kerana cedera di bahagian kepala dan badan, sebelum dikejarkan ke HEBHK.

"Hasil siasatan awal mendapati Proton Wira dari arah Simpang Renggam menghala ke Renggam.

"Sampai di tempat kejadian, Proton Wira hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebatang tiang elektrik pada masa kejadian," katanya ketika dihubungi

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 3:58pm
d