mutakhir

Reruai KWSP dapat sambutan hangat di KJH Melaka

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Reruai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat sambutan luar biasa di Karnival Jom Heboh 2024 di Dataran MITC, Ayer Keroh.

Ketua Cawangan KWSP negeri Melaka, Mohd Kamil Abu Bakar berkata, pengunjung mengambil kesempatan untuk mendapat maklumat terkini pelbagai skim yang diperkenalkan termasuk memeriksa informasi simpanan dan caruman mereka.

Katanya, paling hangat insentif skim i-saraan selain 15 perkhidmatan atau transaksi yang disediakan agensi terbabit kepada pengunjung.

Menurutnya, pengunjung dalam kalangan pelajar dan suri rumah berusia antara 14 hingga 60 tahun mendaftar i-saraan bagi meraih faedah menarik yang merangkumi insentif khas sehingga RM 500 faedah kematian dividen tahunan dan juga pelepasan cukai sehingga 300 tahun.

"Mereka hanya perlu ke reruai kami dengan pihak kami akan mengajar mereka untuk mendaftar dalam masa sama kami mengajar mereka untuk untuk membuat caruman sendiri.

"Terbaru di Melaka kami berkolaborasi dengan badan-badan dan agensi kerajaan untuk kita membuat liputan bagi penerangan berkaitan produk i- saraan terbabit termasuk menjelaskan kelebihan dan manfaat pendaftaran," katanya,

Menurutnya, di Malaysia hanya 60 peratus dilindungi jaringan keselamatan sosial dan selebihnya 50 peratus sektor formal dan 10 peratus bekerja sendiri justeru yang bekerja sendiri yang tiada pendapatan tetap mereka boleh mencarum di i-saraan.

Katanya, pelbagai aktiviti disediakan sempena KJH 2024 termasuk permainan serta bagi mereka yang membuat caruman sukarela dan membuat tiga transaksi akan menerima hadiah menarik.

Jelasnya antara yang mendapat sambutan i-saraan, simpanan shariah dan kemas kini maklumat caruman masing-masing.

Disiarkan pada: June 29, 2024 @ 3:16pm
d