mutakhir

Seorang maut, Lamborghini terbabas dalam longkang, terbakar

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Bentong: Seorang maut dan seorang lagi cedera selepas kereta Lamborghini dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.32 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi.

Berdasarkan laporan, Lamborghini terbabit dipercayai terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar.

"Terdapat dua orang mangsa dengan seorang tersepit di dalam kenderaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh orang awam," kata kenyataan itu.

Disiarkan pada: June 30, 2024 @ 2:32pm
d