rap

Hamdan Senario 'sparring' Azlee di pentas

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur : Anggota Senario, Azlee Jaafar, 56, menyifatkan pemergian rakannya dalam kumpulan itu, Hamdan Ramli, 54, sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya kerana sejak dulu mereka sering bekerjasama ketika membuat persembahan pentas.

"Arwah dah seperti darah daging saya. Allah lebih mengetahui segalanya. Kami bertemu pada 30 Disember lalu kerana ingin menjayakan persembahan di Johor Bahru. Kami sempat makan dan berborak bersama -sama sebaik saja dia tiba.

"Namun keesokannya dia rebah ketika hendak berlatih sebelum persembahan. Apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan Hamdan mempunyai komplikasi kesihatan.

"Jika diikutkan, saya dan Pak Ya (Ilya Buang) yang paling berusia dalam Senario, tetapi Allah ambil Hamdan dulu. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari," katanya kepada Harian Metro.

Azlee berkata, dia memang amat terasa kehilangannya kerana Hamdan adalah 'sparring' ketika membuat persembahan pentas. Saya masih lagi terkedu dan menangis tidak berhenti sebaik saja dimaklumkan dengan khabar duka ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Azlee, jenazah Hamdan akan dibawa ke kediamannya di Ipoh, Perak, hari ini.

"Saya sudah menelefon saudara yang mengendalikan khidmat van jenazah secara percuma untuk menguruskan jenazah pulang ke Ipoh. Menurut jangkaan, jenazah akan tiba di sana, malam ini.

Disiarkan pada: January 5, 2024 @ 4:03pm
d