utama

Mungkin rompakan

Oleh Inquirer.net

KETUA POLIS Filipina, Jeneral Ronald 'Bato' dela Rosa menegaskan masih terlalu awal untuk mengaitkan serangan di Resorts World Manila pada tengah malam Jumaat didalangi pengganas Daish.

Menurutnya, motif serangan masih disiasat.

" Setakat ini motif serangan belum dikenal pasti sama ada serangan pengganas atau rompakan. Bagaimanapun kita melihat kemungkinan ada unsur rompakan kerana ada kesan bilik simpanan digeledah dan kotak berisi cip kasino dilarikan.

" Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tiada pengunjung yang dijadikan tawanan, " katanya.

Dela Rosa berkata, penyerang bukan bertindak secara berkumpulan .

Katanya, lelaki terbabit kelihatan seperti lelaki Kaukasia dan kali terakhir dilihat di tingkat dua.

"Keadaan kini terkawal dengan anggota polis melakukan pemeriksaan di semua tingkat," katanya.

Terdahulu, ada laporan mengaitkan serangan itu didalangi pengganas Daish.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 5:42am
d