utama

Elyas Omar meninggal dunia [METROTV]

Oleh Adzrin Jaafar

BEKAS Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Allahyarham yang berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia pada 7.15 malam.

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Allahyarham pernah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia dari tahun 1987 sehingga 1989.

Disiarkan pada: May 15, 2018 @ 8:45pm
d