utama

'Pengganti Maszlee ditentukan sedikit masa lagi' - PM

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

PENGGANTI Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan akan ditentukan dan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan menerima surat peletakan jawatan Maszlee hari ini.

“Yang Berhormat Dr Maszlee Malik telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada saya pada hari ini.

“Saya menerima peletakan jawatan itu berkuat kuasa 3 Januari 2020. Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Berita berkaitan

Dr Maszlee letak jawatan?

Maszlee Malik letak jawatan [METROTV]

Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 5:06pm
d