utama

Polis dapatkan maklumat lanjut daripada ibu bapa Zayn Rayyan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Polis mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin sekali lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pasangan itu diambil malam tadi dan mungkin akan diambil sekali lagi.

Menurutnya, keterangan jiran dan saksi juga akan diambil dalam tempoh masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

"Kita ambil keterangan mereka kali kedua malam tadi (kelmarin) dan akan lihat keperluan sekiranya akan ambil lagi maklumat lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses pencarian bahan bukti masih giat dijalankan di lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui.

Katanya, semua elemen termasuk kepakaran forensik turut digunakan dalam proses pencarian itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

Berita berkaitan:

Kronologi kes Zayn Rayyan

Siasatan kes Zayn Rayyan turut tumpu kawasan perumahan

Polis cari bahan bukti baru di lokasi Zayn Rayyan ditemui mati

Zayn Rayyan cuba mempertahankan diri - Polis

Ada kesan jerut pada leher Zayn Rayyan, mungkin mati di tempat lain

Polis tubuh pasukan khas siasat kematian Zayn Rayyan

Zayn Rayyan selamat dikebumikan

Zayn Rayyan dibunuh

'Saya tidak sangka ia berakhir macam ini' - Ibu Zayn

Polis rakam keterangan saksi, keluarga, jiran

Dua kali polis cari di kawasan anak sungai

'Allah gerakkan hati saya cari di situ, nampak dia terbaring mengiring'

Tangisan, laungan Allahuakbar iringi penemuan Zayn Rayyan

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Disiarkan pada: December 8, 2023 @ 12:38pm
d