utama

'Maafkan saya bang' - Isteri gagal selamatkan suami

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: "Maafkan saya bang, saya sudah berenang untuk selamatkan," kata seorang suri rumah, Nora Elina Abdul Khalil.

Suaminya, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok di sini, hari ini.

Nora Elina, 44, berkata, dia ternampak Zulkarnain tenggelam timbul di permukaan air selepas dihanyutkan ombak pada 11.20 pagi.

"Cuba mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkannya.

"Ketika berenang ke arahnya, saya turut dihanyutkan arus sebelum berpatah balik ke pantai kerana bimbang turut ditenggelamkan ombak," katanya ketika di temui di lokasi kejadian.

Nora Elina dan Zulkarnain Mohamed serta dua anak perempuannya berusia antara 9 hingga 11 tahun bercuti ke negeri itu dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok, Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.

Nora Elina berkata, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak di tepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

"Seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di tempat kejadian juga cuba menyelamatkan Zulkarnain tetapi gagal dan terus menghubungi pengurusan hotel," katanya sambil mengharapkan suaminya ditemui dalam keadaan selamat.

Berita berkaitan:

Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM

Anjing K9 bantu SAR Zulkarnain

Bomba guna dron kesan Zulkarnain

'Maafkan saya bang' - Isteri gagal selamatkan suami

Peniaga bermain ombak dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok

Disiarkan pada: February 18, 2024 @ 3:09pm
d