utama

Tun Abdul Taib meninggal dunia

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching : Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Ia disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini.

Beliau berkata, penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

Belasungkawa Tun Abdul Taib: Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

Disiarkan pada: February 21, 2024 @ 7:33am
d