utama

Terkini: Polis siasat motif pembunuhan Zayn Rayyan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Petaling Jaya: Polis menyiasat motif pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan penahanan ibu bapanya, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, motif pembunuhan juga setakat ini masih dalam siasatan.

"Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian lagi sehingga sekarang," katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut masih belum dapat didedahkan buat masa ini.

"Ibu bapa terbabit ditahan 10.05 pagi semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, menurut sumber, siasatan ke atas suspek dijalankan sejak enam bulan lalu bagi mengumpul bukti pembabitan mereka.

"Selepas risikan dijalankan dan menemui perkembangan baharu polis menahan ibu bapanya semalam," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, Disember tahun lalu, ditahan polis semalam.

Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari

Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah untuk proses reman

Ibu bapa Zayn Rayyan disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Ibu bapa ditahan

Disiarkan pada: June 1, 2024 @ 11:32am
d