utama

Pyanhabib meninggal dunia

Kuala Lumpur : Penyair terkenal dan pelakon, Pyanhabib Rahman, 66, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang, di sini, malam ini.

Berita pemergian seniman itu dikongsi isterinya di Facebook.

"Assalamualaikum innalillahiwainailaihirojiun. Suami saya, Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada pencipta-Nya. Maafkan kesalahannya doakan yang baik baik untuknya," tulisnya di Facebook.

'Berita pemergian Pyanhabib atau nama sebenarnya, Mohd Supyan Abdul Rahman itu turut dikongsi oleh Exco Selangor, Mohd Najwan Halimi di laman sosialnya.

"Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafasnya terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

"Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada Allah jua kita akan kembali," tulisnya di laman sosialnya.

Selain dikenali sebagai penyair dan penulis sajak, Pyanhabib juga popular sebagai pelakon. Filem-filem lakonannya ialah Kembara Seniman Jalanan, Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb, Mat Som, Rock Oo!, Apokalips X dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

Pyanhabib pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Tsu Feh Sofiah di Festival Filem Malaysia ketujuh, tetapi beliau bertindak memulangkan kembali trofi terbabit.

Disiarkan pada: June 4, 2024 @ 10:39pm
d