utama

Permohonan Hamidin menghadap Sultan Selangor belum diperkenan

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Permohonan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dikhabarkan belum mendapat perkenan.

Menurut sumber, permohonan terbabit sudah dikemukakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu, namun difahamkan belum diperkenan oleh Sultan Sharafuddin.

"Betul, permohonan Hamidin untuk menghadap Sultan Selangor belum mendapat perkenan," katanya ringkas ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Hamidin memaklumkan sudah menghantar surat rasmi memohon untuk menghadap Sultan Selangor susulan kemelut membabitkan Selangor FC.

Hamidin menerima dengan hati terbuka 'teguran' keras daripada Sultan Selangor dan bagi menjernihkan keadaan, beliau mengambil pendekatan serta mengesahkan sudah menghubungi pihak Istana Selangor.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 4:35pm
d