Permotoran

Bagnaia cedera dalam nahas ngeri di Montmelo

Oleh AFP

Montmelo: Penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia terpaksa menerima rawatan perubatan selepas kemalangan ngeri pada permulaan perlumbaan MotoGP Catalunya sebentar tadi.

Pelumba Ducati itu bermula dari petak utama, mengelak daripada terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama membabitkan beberapa pelumba.

Bagaimanapun, di selekoh seterusnya dia hilang kawalan, sekali gus melambung ke udara sebelum pelumba berada di belakangnya meluru ke depan.

Pelumba KTM, Brad Binder kemudiannya melanggar bahagian kaki Bagnaia.

Pendahulu keseluruhan itu berada dalam keadaan sedar, dan dibawa pergi ke pusat perubatan litar dengan ambulans.

Bendera merah terus dikibarkan serta-merta apabila pegawai litar mula bekerja untuk membersihkan serpihan jentera dan minyak.

Disiarkan pada: September 3, 2023 @ 8:42pm
d