mutakhir

Kemeriahan KJH diteruskan di Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Selepas sambutan hangat di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang, kini Karnival Jom Heboh (KJH) menemui rakyat Kelantan.

Kelantan adalah lokasi ketiga KJH dalam menyambut ulang tahunnya yang ke-20 yang akan berlangsung di RTC Tunjung di sini selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu.

KJH yang dibawakan oleh BABA'S bermula seawal jam 9 pagi setiap hari dengan pelbagai acara menarik yang disediakan.

Bersempena dengan ulang tahun KJH yang ke-20, pelbagai hadiah dan aktiviti menarik anda boleh sertai menerusi Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), WOWSHOP, Buletin FM, OH BULAN dan VOCKET.

Penganjuran KJH berjaya menghimpunkan keluarga, adik-beradik dan sahabat handai untuk beriadah bersama-sama.

Pengunjung KJH kali ini amat bertuah kerana dapat bertemu dan berinteraksi dengan selebriti yang hadir sepanjang tiga hari berturut-turut. Semua selebriti ini akan berada di beberapa reruai yang disediakan bersama aktiviti menarik.

Pengunjung turut berpeluang bertemu dengan barisan selebriti yang membintangi drama-drama di TV3, TV9 dan Tonton.

Antara barisan artis yang hadir Nabil Aqil, Raja Atiq, Wany Hasrita, Erma Fatimah, Datin Seri Umie Aida, Ashraf Muslim, Mekyun, Sir Asai, Izzue Islam, Mathni Razak, Asrulfaizal, Zaki Azeman, Aween Ismail, Da'i Azrin, Da'i Aiman, Kamal Affandi, Ustaz Tarmizi, Ustaz Fazrul dan Ustaz Khairol.

Antara aktiviti menarik yang disediakan sepanjang tiga hari termasuk pertandingan dikir barat, bercerita dan laungan azan.

Konsert KJH pada Sabtu malam pula, orang ramai akan menyaksikan persembahan daripada Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Nizam Laksamana, Rahmad Mega, Aiman Tino dan Irfan Haris

Disiarkan pada: September 7, 2023 @ 1:01pm
d