Kuala Lumpur: Harapan beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah merangkul gelaran juara Terbuka Hong Kong tidak kesampaian apabila tunduk kepada beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti di pentas akhir.
Juara Terbuka Perancis itu terpaksa akur tewas 21-14, 22-24, 9-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama satu jam 14 minit.
Di set penentuan, mereka seolah-olah hilang arah dan ketinggalan 6-18 sebelum Pearly cedera pergelangan kaki kanan dan akhirnya kecundang 9-21 dalam masa 73 minit.
Pearly-Thinaah tidak mempunyai jawapan terhadap serangan bertali arus yang dilancarkan oleh Apriyani-Siti Fadia yang terus konsisten sehingga mata akhir.
Kekalahan Pearly-Thinaah itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan berkenaan kini memihak kepada beregu Indonesia itu dengan tiga kemenangan berbalas dua.
Sebagai rekod, ini adalah pentas final kedua buat Pearly-Thinaah musim ini selepas muncul naib juara Masters Malaysia, Mei lalu.
Juara Terbuka Hong Kong akan membawa pulang $33,180 (RM155,404) manakala naib juara menerima $15,960 (RM74,751).